Price List

Sunday, June 16, 2013

FAHAMI KITARAN HAID ANDA.



Bismillah,

Rata-rata ramai di antara para wanita tidak begitu memahami kitaran haid mereka sendiri. Kurangnya pengetahuan tentang keadaan badan sendiri menyebabkan kita tidak peka dengan perubahan yang berlaku kepada tubuh badan pada setiap bulan.

Sebenarnya, pengetahuan tentang pusingan haid, perubahan hormon badan & kesan yang berlaku ke atas tubuh sangatlah perlu untuk diketahui oleh kita, para wanita khususnya.

Maka, insyaAllah, kali ini saya akan berkongsi informasi tentang pusingan haid bagi seorang wanita.

Moga bermanfaat.

***

✿ FAHAMI KITARAN HAID ANDA ✿

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

✿ Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. 

✿ Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

✿ Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

✿ Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

 ***

Bagi wanita yang mengalami simptom PMS seperti senggugut, moody, kejang, perut kembung & sebagainya, adalah sangat digalakkan untuk mengambil supplemen OsteMatrix Shaklee.

Memperkenalkan OSTEMATRIX Shaklee - supplemen yang perlu dimiliki oleh semua wanita dengan harga mampu milik, halal & produk yang berkualiti, insyaAllah.


Mari, saya kupas sedikit review tentang kelebihan & fungsi produk yang hebat ini.

OsteMatrix menyediakan 1 matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium & banyak lagi untuk membina & mengekalkan tulang yang kuat untuk para penggunanya.

Antara fungsi OsteMatrix ialah;
  • Membina tulang & gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot & pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang & kemurungan.

OsteMatrix juga membekalkan anda:
  • 1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi & mudah diserap daripada alam semulajadi
  • 400mg (100% pengambilan harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400IU (100% pengambilan harian) vitamin D untuk meransang penyerapan kalsium.

Wow! Bestnya produk ni..!
So, macam mana cara pengambilan OsteMatrix??

Cadangan cara pengambilan OsteMatrix ialah:
  • Sajian harian hanyalah sebanyak 4 kaplet bagi memenuhi keperluan nutrisi badan anda. Untuk hasil yang lebih baik, ambil 2 biji kaplet, 2 kali sehari selepas makanan. Ataupun anda boleh makan 4 biji sekaligus sebelum tidur bersama susu segar.

Untuk pengetahuan anda, pengambilan OsteMatrix yang berterusan adalah digalakkan sebagai langkah awal bagi membendung & mengurangkan risiko masalah tulang reput (osteoporosis), insyaAllah.

Berminat dengan produk ini?
Apa tunggu lagi? 
Hubungi saya sekarang!

Untuk membuat pesanan dengan harga istimewa @ konsultansi percuma,
Hubungi saya Pengedar Shaklee Anda:

SMS : Intan (013-3215395)
Website : shaklee1209.blogspot.com @ Shaklee Untuk Anda
email: nurulintansd@gmail.com
Shaklee ID : 924249

Cuba dahulu.
Mulakan kehidupan yang lebih sihat hari ini! 

InsyaAllah.

:)


No comments:

Post a Comment